Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Nadi Weekend 1 Februari 2026
Transcript
00:00Sementara itu, individu paling terkesan dengan situasi yang menimpa pengurus pasukan berbasikal paranegara Ashri Abdul Mubin adalah anaknya Nasrul Hisham yang dilihat merindukan gelak tawa dari ayahnya yang disifatkan seorang periang dan disenangi ramai.
00:16Menyingkap kembali tragedi hitam yang menimpa ayahnya, Nasrul berada dalam keadaan terkejut kerana menerima perkabaran tersebut secara tiba-tiba tanpa sebarang tanda yang menunjukkan ayahnya sedang sakit.
00:30Jauh di sudut hatinya, anak bongsu asli berharap agar ayahnya mampu pulih dan berkomunikasi seperti sedihkala serta kembali ke pangkuan keluarga tercinta.
00:40Nasrul juga menzahirkan sepenuh penghargaan kepada Majlis Suka Negara, Institut Suka Negara, Allianz Malaysia dan semua pihak terlibat dan membiayai kos rawatan ayahnya yang diserang strok.
00:53Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Taufik, Majlis Suka Negara dan Institut Suka Negara yang banyak membantu saya ketika berada di korat.
01:10Segala advice yang saya dapat adalah melalui doktor-doktor daripada Institut Suka Negara dan segala penginapan saya ditanggung oleh Majlis Suka Negara.
01:24Terima kasih di ucapkan kepada Majlis Suka Negara.
01:27Of course lah sebab dia orang yang jenis happy go lucky dengan anak-anak macam kawan tapi bila jadi macam ni dia possible tak boleh cakap rasa kuat sunyi lah pada keluarga.
01:41Apa yang saya harapkan semua perkara-perkara ni cepat berakhir dan keadaan kembali seperti biasa insyaAllah.
01:49Pengarah bahagian para MSN Syukri Harun berharap agar keadaan ASRI kembali seperti sediakala.
01:57Jelas Syukri semua kos tersebut telah dibiayai MSN bersama bantuan Alliance Malaysia yang mendapat hampir RM10 juta.
02:04Di peringkat kita yang penting Encik ASRI selamat di bawah pulang ke negara kita dan kita doakan yang terbaik untuk beliau.

Recommended