00:00Pertemu kembali dalam laporan antarabangsa, Industri Automotif Indonesia menyasarkan jualan 850,000 unit kenderaan pada 2026
00:09dengan jangkaan pemulihan sederhana selepas sektor itu mencatat penurunan jualan selama dua tahun berturut-turut
00:16menurut Siti Usaha Agong Persatuan Industri Automotif Indonesia Gai Kindo, Kukuh Kumara.
00:22Sasaran ditetapkan berdasarkan unjuran pasaran semasa namun masih tertakluk kepada semakan semula.
00:28Jika terdapat perkembangan baharu atau perubahan dasar kerajaan.
00:33Memetik Jakarta Globe, jualan kenderaan domestik Indonesia pada 2025 catat penurunan untuk tahun kedua berturut-turut.
00:42Jualan borong kenderaan iaitu penghantaran daripada pengeluar kepada pengidar
00:46merosot 7.2% kepada 803,687 unit berbanding 865,723 unit pada tahun sebelumnya.
01:00Manakala jualan runcit pula susut 6.3% kepada 833,692 unit berbanding 889,680 unit pada tahun 2024.
01:14Gai Kindo menjangkakan suku pertama 2026 akan terus mencabar
01:19berikutan tempoh cuti panjang Aidilfitri dari pertengahan Februari
01:23hingga pertengahan Mac yang mengurangkan jumlah hari bekerja di kilang pemasangan kenderaan.
01:29Walaupun musim perayaan lazimnya meningkatkan perbelanjaan pengguna,
01:34penutupan kilang yang lama boleh menjejaskan pengeluaran dan penghantaran dalam jangka pindik.
01:39Untuk itu, pengeluar kenderaan dijangka meningkatkan pengeluaran selepas Aidilfitri
01:45dengan tumpuan bermula Mac hingga akhir tahun disokong kemasukan jenama baru ke pasaran Indonesia
01:51serta penganjuran beberapa pameran otomotif utama.
Comments