• 10 months ago
Unjuran tersebut dibuat oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC), melihat kepada penurunan bermusim pengeluaran dan paras inventori semasa.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Harga minyak sawit mentah MSM dijangka mendatar pada paras RM4,000 hingga RM4,300 satu tan pada Februari 2026.
00:10Unjuran tersebut dibuat oleh Majlis Minyak Sawit Malaysia MPOC melihat kepada penurunan bermusim pengeluaran dan paras inventari semasa.
00:19Menurut MPOC, harga MSM kekal di atas paras RM4,000 sepanjang Januari 2026 walaupun berdepan dengan tekanan asas pasaran.
00:27Sekaligus menunjukkan paras berkenaan mula membentuk lantai suktur jangka pendek dengan risiko penurunan yang terhad.
00:34Kebimbangan pasaran terhadap pasar biodiesel Indonesia juga dilihat mereda sesulan pengesahan bahawa pelaksanaan mandat B50 akan ditangguhkan berikutan dinamik harga yang tidak menggalakkan antara minyak sawit dan minyak gas.
00:49Gestura MPOC berkata tumpuan pasaran kini kembali asas teras iaitu tren pengeluaran, permintaan ekspor dan paras stok.
00:56Tambahnya, persekitaran tersebut menggalakkan pengukuhan permintaan import global bagi minyak sawit berpotensi membawanya melebihi paras minyak kacang soya pada suku pertama tahun ini.
01:06Dalam pada itu, rancangan Indonesia untuk menaikkan levy ekspor MSM kepada 12.5% bermula 1 Mac tahun ini juga dijangka meningkatkan perkongsian pasaran Malaysia di India serta menyumbang kepada pengurangan stok domestik.
01:20Ini digabungkan dengan faktor bermusim yang dijangka turut menyokong harga dalam tempoh terdekat.
01:26Sebagai contoh, bulan Februari merupakan bulan dagangan lebih pendek ditambah dengan beberapa cuti umum serta bulan puasa yang dijangka menjejaskan aktiviti penuaian dan menghadkan bekalan.
01:37Terima kasih telah menonton!

Recommended