Raja Maghribi, Raja Mohammed VI, bersetuju menyertai Lembaga Keamanan Gaza sebagai anggota pengasas selepas menerima jemputan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
00:00Seterusnya, Raja Maghribi, Raja Muhammad ke-6 mengesahkan bakal menyertai Lembaga Keamanan Gaza yang ditubuhkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump baru-baru ini.
00:10Menurut Kementerian Luar Maghribi, Raja Muhammad maklumkan ia sebahagian komitmen mereka terhadap keamanan yang adil, menyeluruh dan berkekalan di Asia Barat.
00:19Tambah Kementerian itu, lembaga berkenaan akan dianggotai beberapa pemimpin antarabangsa terpilih yang komited memumpuk kestabilan jangka panjang dan kesejahteraan generasi masa depan.
00:32Selain itu, kenyataan daripada Kementerian Maghribi menyifatkan jemputan tersebut sebagai pengiktirafan terhadap peranan Raja Muhammad ke-6 sebagai tokoh antarabangsa dalam isu keamanan.
00:44Tambahnya, komitmen tersebut adalah termasuk penubuhan sebuah negara Palestine merdeka berdasarkan sempadan 1967 dengan Baytul Maghribi Timur sebagai ibu kota.
00:55Pada Jumat lalu, White House mengumumkan penubuhan lembaga keamanan itu selari dengan langkah meluluskan jawatan kuasa kebangsaan pentadbiran Gaza, salah satu daripada empat badan yang ditubuhkan untuk mentadbir fasa peralihan di wilayah berkenaan.
01:10Inisiatif itu juga merupakan sebahagian daripada Plan 20 Perkara yang dicadangkan Trump dan diterima pakai Majlis Keselamatan PBB melalui Resolusi 2803 pada November 2025.
Be the first to comment