00:00Kes saman fitnah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Turraza terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan penerbit GB Gerak Budaya diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Syak Alam pada Isnin.
00:13Memetik laporan bernama penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Kajidah Idris.
00:18Peguam Najib Tan Sri Muhammad Syafi'i Abdullah berkata kedua-dua pihak telah mencapai persetujuan bersama sekaligus menamatkan kabar angin yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Syaribu.
00:31Menurut Syafi'i, Thomas mengakui bahawa sejak buku My Story Justice in the Wilderness diterbitkan pada 2021, beliau tidak mengetahui sebarang bukti yang mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan tersebut.
00:43Sementara itu, Tommy dalam kenyataan susulan memaklumkan, beliau kekal dengan pandangannya dalam bab 42 buku itu mengenai akuan berkanun bekas anggota UTK, Azila Hadri dan Sirul Azhar.
00:56Namun beliau juga setuju jika buku itu dicetak semula, kenyataan penjelasan mesti diletakkan pada muka surat yang sama.
01:02Selain itu, Tommy juga tidak membantah penarikan balik tindakan sivil terhadap beliau dan penerbit tanpa perintah kos.
01:08Najib memfailkan saman itu pada 2021 mendakwa buku berkenaan memfidah beliau dengan mengaitkannya dalam kes pembunuhan Altantuya.
01:17Beliau menuntut ganti rugi sebagai pemadaman kenyataan terbabit.
01:21Terima kasih telah menonton!