Throwback ke momen penuh nostalgia bila alumni Dewi Remaja dari pelbagai generasi berkumpul sempena ulang tahun ke-40 Pencarian Dewi Remaja 💫 Dari yang pernah melakar sejarah, hingga yang masih menyinar hari ini, semuanya hadir meraikan satu legasi yang tak pernah pudar. Antara alumni yang turut menyerikan acara ini termasuk Azah Aziz, Wan Khatijah, Dr. Sharifah Shawati, Mawar Rashid, Deeba Halil serta ramai lagi wajah ikonik Dewi Remaja dari pelbagai era.
Lebih istimewa, Watch Party #DewiRemaja2025 ini turut diserikan bersama Top 12 finalis musim tersebut, menyatukan legasi lama dan wajah baharu dalam satu malam penuh makna ✨
Be the first to comment