00:00Sementara itu, bagian siasatan jenayah Ibu Jabat Polis IPD Kuala Selangor membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 504 Kanon Kesiksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung kejadian berkenaan.
00:20Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharuddin Tajuddin menerusi kenyataan berkata, terdahulu pihaknya terkesan dengan gambar dan video berkaitan aktiviti itu yang dimuat naik dalam Facebook pada 11.13 pagi Ahad.
00:36Dalam gambar tersebut, didapati semasa program berlangsung terdapat seorang individu bertudung dan berpakaian seragam sekolah namun tidak memakai kain, manakala seorang lagi hanya memakai seluar legging.
00:47Hasil siasatan awal juga mendapati program pesenaman robik atau Zumba itu bertemakan Back to School.
00:55Susulan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit untuk menghubungi bilik gerakan IPD Kuala Selangor melalui talian 03-3289-1222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Comments