Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui wujud rasa tidak selesa di kalangan akar umbi tentang pendirian parti untuk bersama bekas seteru politik dalam membentuk kerajaan.
00:00Dalam masa yang sama, Dato' Sri Zahid mengakui wujud rasa tidak selesa dalam kalangan akar umbi berkait pendirian parti UMNO untuk bersama seteru politik demi membentuk kerajaan.
00:11Namun, timbalan Perdana Menteri itu berkata semua pihak perlu depan dengan realiti baru politik negara yang kini menuntut kerjasama rentas gabungan, sambil mengakui era dominasi tunggal mana-mana parti telah pun berakhir.
00:23Ahmad Zahid menegaskan, dengan keupayaan pemimpin untuk menerap semangat Politics is the Art of Compromise, UMNO masih berupaya menjadi suara dalam mempertahankan Islam, bangsa dan institusi raja-raja dalam kemajumukan kerajaan perpaduan.
00:45Kini, kerajaan terbina hasil kerjasama rentas gabungan melibatkan 17 parti gabungan.
00:53BN sendiri, PH, GPS, GRS, barisan, KDM.
01:05Gabungan-gabungan ini diikat dengan perjanjian yang dipersetujui bersama.
01:10Ini merupakan satu realiti baru yang menuntut supaya kita keluar daripada zon selesa politik lama.
01:18Saya menghargai usaha yang amat berhormat, Perdana Menteri yang mengadakan pemukiman Menteri-Menteri bersama-sama dengan kepimpinan utama parti-parti yang berbentuk kerajaan perpaduan.
01:32Sudara-sudari, 17 parti ini bukan mudah untuk kita menguruskannya.
01:39Saya tahu ada di antara kita yang merasa kekok dan skeptikal bekerjasama dengan bekas seteru politik.
01:49Tetapi inilah tuntutan semasa demi kestabilan politik negara.
01:55Politik is the art of compromise.
01:59Politik gabungan menuntut seni berkompromi dan berjiwa besar.
02:02Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sepenuh perhimpunan agung UMNO 2006 yang berlangsung di Ibu Negara pada Jumaat.
02:11Sejak kerajaan perpaduan terbentuk pada 2022, wujud ketegangan khususnya dalam kalangan akar umbi serta pemimpin UMNO dan DAP tentang beberapa isu.
02:22Dengan terbaru, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhammad Ahmad Saleh secara terbuka menganggap DAP sebagai musuh yang nyata.
02:29Namun, Ahmad Zahid dalam ucapannya berpendirian, UMNO mesti memilih untuk menghadapi cabaran tersebut dengan keberanian dan kejujuran atau terus lemas perlahan-lahan dalam keusangan.
02:42Beliau berkata parti itu tidak memerlukan slogan baru semata-mata, sebaliknya memerlukan pembaharuan nilai dan matlamat yang tetap berpaksikan tunjang perjuangan asal.
Be the first to comment