Golongan bujang yang layak di bawah program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima bantuan bulanan hingga RM100 mengikut kelayakan masing-masing hari ini.
00:00Seterusnya, golongan bujang yang layak di bawah program sumbangan asas rahmah atau SARA akan menerima bantuan bulanan sehingga RM100 mengikut kelayakan masing-masing.
00:10Hari ini, Kementerian Keuangan dalam perkongsian di Facebook maklumkan bantuan itu membabitkan kira-kira 3.1 juta penerima di seluruh negara.
00:20MOF berkata, bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai terpilih di seluruh negara.
00:31Dalam pada itu, seramai 3.1 juta individu bujang berusia antara 21 hingga 59 tahun layak menerima SARA bulanan berdasarkan dua kategori iaitu RM50 membabitkan pendapatan sebulan RM2,500 dan ke bawah.
00:47Manakala, mereka dengan julep pendapatan yang sama juga terserarai sebagai penerima IKASI bahkan mendapat RM100 yang akan dikreditkan ke dalam MyCard.
00:57Penerima SARA juga disarankan membuat semakan baki bantuan berkenaan bagi memastikan kredit yang diterima dapat digunakan sepenuhnya untuk pembelian barangan keperluan asas.
01:07Semakan baki SARA boleh dilakukan dengan mudah di pasar raya atau kedai rakan yang terpilih dengan menggunakan MyCard.
01:14Penerima hanya perlu memaklumkan kepada juru wang untuk semakan baki sebelum transaksi dibuat dan maklumat baki akan dipaparkan pada skrin atau resep pembelian.
01:24SARA disalurkan bukan melalui akaun bank, sebaliknya dikreditkan terus ke MyCard penerima dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di premis yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Be the first to comment