00:00Amerika Syarikat sahkan telah menyelesaikan jualan pertama minyak Venezuela bernilai 500 juta dolar Amerika.
00:07Memetik kenyataan seorang pegawai kerajaan negara itu, lebih banyak jualan minyak dijangka dalam beberapa hari dan minggu akan datang.
00:16Langkah itu menyusul selepas tentera Amerika menyerbu dan menahan Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, serta isteri pada 3 Januari lalu.
00:23Sejak itu, pentadbiran Presiden Donald Trump dengan pantas mengubah naratif untuk menggambarkan tindakan tersebut sebagai peluang ekonomi baharu.
00:32Ujah Trump, Amerika akan mengawal jualan minyak Venezuela untuk tempoh yang tidak ditentukan.
00:38Lantaran itu, pihak berkuasa Venezuela akan menyerahkan antara 30 juta hingga 50 juta tong minyak yang dikenakan sekatan kepada Amerika Syarikat.
00:46Menurut pentadbiran maklumat tenaga Amerika Syarikat, Venezuela memiliki rezab minyak mentah terbukti terbesar di dunia dengan kira-kira 303 bilion tong atau sekitar 17% daripada rezab global.
00:59Venezuela juga kini mengeluarkan kira-kira 1 juta tong minyak sehari merangkumi kurang daripada 1% bekalan global.
Be the first to comment