Skip to playerSkip to main content
  • 10 months ago
Cooperating with other political coalitions does not mean Umno will remain as just followers, says Wanita Umno chief Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

Noraini said Umno must always be at the core of leadership, noting the party’s experience in leading the country.

Read more at https://tinyurl.com/yfzvdwuz

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline

Category

🗞
News
Transcript
00:00Dalam suasana politik hari ini, Puan-Puan, kita perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
00:10Ini bukan peringatan kosong.
00:13Ini hakikat yang menuntut kita untuk jujur kepada diri kita.
00:19Tentang kekuatan kita, tentang kelemahan kita, tentang kesalahan yang tidak boleh kita ulangi.
00:30Kita hadir di sini dengan satu agenda yang jelas.
00:36Untuk mengurai kemelut politik yang melanda.
00:43Menilai diri dengan jujur.
00:46Dan mencari jalan keluar bersama.
00:50Sesungguhnya, UMNO yang tidak pernah mati kerana kalah pilihan raya, Puan-Puan.
00:57UMNO tidak akan terkubur kerana lompat parti.
01:03Tetapi UMNO hanya akan lumpur jika kita berbalah sesama sendiri.
01:11Hari ini saya berdiri di hadapan Puan-Puan.
01:14Para perwakilan bukan untuk mengukit luka lama.
01:23Tetapi untuk menyatukan kekuatan.
01:27Membulatkan tekat.
01:29Dan mengingatkan kita semua pada satu hakikat.
01:34Yang kita tak boleh sangkal.
01:37Dari desa sampai ke kota.
01:42Kalimat dijulang.
01:45Demi bangsa.
01:47Tidak luput.
01:48Sepakat kita.
01:50Asas dibina.
01:52Berkat dirasa.
01:54Dari ulu membawa kemuara.
01:57Dari kata menyulam bicara.
01:59Selagi sepakat dijaga bersama.
02:03Selagi itulah tegur negara.
02:07Meladani perubahan politik.
02:11Kita menerima realiti politik baru dengan matang.
02:15Bukan dengan emosi.
02:16Bukan dengan merajuk.
02:182024 pula reneson.
02:21Wanita UMNO mula membina semula struktur disiplin dan cara kerja.
02:26Demi mencipta satu kebangkitan.
02:312025.
02:33Hari ini.
02:35Kita membawa tema.
02:37Melaka Citra Wanita Sepakat.
02:42Kita akan melangkah masuk ke gelanggang PRU-16.
02:47Dengan satu tekat yang tidak boleh ditawar.
02:52UMNO mesti kembali menang.
02:58Bukan sekadar bertahan.
03:02PRU-16 bukan sekadar satu pertandingan politik.
03:08Ia adalah penentuan masa depan negara.
03:13Kelangsungan parti keramat UMNO puan-puan.
03:17Dan suara rakyat yang meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada UMNO dan barisan nasional.
03:27Kita perlu kembali memimpin dengan lebih baik.
03:33Lebih matang.
03:35Lebih bertanggungjawab.
03:36Sebab itu di dalam wanita UMNO, kita tidak boleh bergerak dengan suara yang bercanggah.
03:47Tidak boleh ada gerakan yang melemahkan.
03:52Tidak ada boleh watak yang merosakkan.
03:55Puan-puan, UMNO mesti bergerak sebagai satu suara, satu tekat, satu kekuatan, satu perjuangan.
04:09Dalam wanita UMNO, kita hanya boleh hidup dan kuat jika kita sepakat.
04:15Apabila kita berpecah, kesannya bukan kecil.
04:27Perpaduan negara menjadi rapuh.
04:31Agama dijadikan alat politik.
04:34Ekonomi rakyat terus tertekan.
04:37Budaya dan bahasa dipersenda.
04:40Sistem pendidikan mula dicabar.
04:42Ini bukan retorik, ketakutan atau keresahan.
04:48Ini realiti yang rakyat sedang rasai.
04:53Jika keresahan ini tidak kita urus dengan hikmah.
05:00Tidak ditangani dengan empati.
05:03Dan tidak dipimpin dengan ketegasan, berprinsip.
05:09Jangan terkejut, puan-puan.
05:12Kita khawatir nanti kemarahan yang telah lama terpendam.
05:20Tidak lagi diluahkan dengan kata-kata.
05:24Tetapi diterjemah melalui kertas undi.
05:27Yang mungkin membawa parah kepada kita UMNO dan Barisan Nasional.
05:33Maka kita tidak boleh leka.
05:38Kita perlu mengatur gerak.
05:41Kita perlu bertindak.
05:43Dan disinilah wanita UMNO harus berdiri teguh.
05:48Sebagai suara yang menenangkan.
05:51Sebagai jambatan harapan.
05:53Bukan sebagai penyemara api yang membakar masa depan.
05:57Para pewakilan yang saya kasih sekalian.
06:04Dalam perhimpunan yang lepas, kita sudah berbicara panjang.
06:09Tentang kerancuan politik selepas PRU 15.
06:16Kita sedar, let's keep politik sudah banyak berubah.
06:23Dengan kerajaan perpaduan yang menggabungkan pelbagai parti.
06:29Kita perlu terima hakikat dengan realiti baru ini.
06:33Perubahan ini bukan saja berlaku di Malaysia.
06:39Ianya adalah trend global.
06:41Di seluruh dunia.
06:43Era politik tunggal berkuasa penuh sudah menjadi sejarah saja puan-puan.
06:50Kita tengok saja kat Jerman.
06:52Kerajaan perpaduan yang dibentuk antara SPD, Green Party dan FDP.
06:59Sudah menjadi norma baru.
07:01Di Belanda pula, kerajaan memerlukan gabungan empat hingga lima parti untuk membentuk majoriti.
07:10Yang terdekat dengan kita di Indonesia.
07:14Presiden Prabowo membentuk kabinet mega gabungan.
07:19Melibatkan hampir semua parti utama.
07:23Malah kat Thailand juga, kerajaan perlu dibentuk melalui rundingan antara pelbagai blok politik.
07:34Persoalannya mengapa ini berlaku?
07:38Kerana pengundi hari ini sudah berubah.
07:42Undi mereka berpecah-pecah kepada pelbagai parti.
07:45Bukan hanya satu atau dua parti besar saja.
07:51Mereka tidak lagi melihat nostalgia atau sejarah.
07:57Mereka melihat tawaran dan masa depan.
08:01Mereka lebih kritikal.
08:03Tidak mudah percaya janji politik.
08:06Dan yang lebih berani.
08:08Ada di antara mereka mempersoalkan dasar kerajaan.
08:12Inilah realiti baru politik modern.
08:17Kuasa dikongsi.
08:19Perbezaan dihormati.
08:22Dan kerajaan dibentuk.
08:23Melalui persefahaman dan kompromi.
08:28Dan saya melihat ini bukan satu kelemahan sistem.
08:34Tetapi ini adalah kematangan demokrasi.
08:38Di negara kita juga ianya tidak terkecuali.
08:43PRU 15 telah membuktikan tiada satu parti pun yang mampu menang secara mutlak.
08:51Perikatan Nasional dapat 74 kerusi.
08:56Pakatan Harapan 82.
08:58Barisan Nasional 30.
09:01Dan semua terpaksa berkompromi untuk membentuk kerajaan.
09:05Dan kerjasama politik sangat dinamik.
09:09Sebab itu, puan-puan, kita perlu bijaksana dalam menjalinkan hubungan antara parti.
09:19Seperti mana pesanan yang amat berhormat presiden parti kita.
09:23Kita jangan buka pintu seluas-luasnya.
09:30Dan jangan pula kita tutup pintu serapat-rapatnya.
09:35Namun begitu, saya ingin tegaskan satu perkara penting pada hari ini.
09:42Menerima realiti kerjasama politik ini bukan bermakna UMNO menerima untuk menjadi parti yang menurut.
09:54Tidak sama sekali.
09:57Betul tak?
09:59UMNO mesti menjadi parti teras.
10:04Parti yang memimpin.
10:06Bukan sekadar mengikut.
10:09Kita ada sejarah.
10:11Kita ada pengalaman.
10:13Kita ada akar umbi yang kuat.
10:16Ini di hadapan saya adalah contoh akar umbi yang kuat di dalam UMNO.
10:24Tidak sama sekali.

Recommended