Skip to playerSkip to main content
  • 7 hours ago
Proses rundingan pembayaran 40 peratus hasil kepada negeri Sabah sudah dimulakan, dengan komitmen untuk memuktamadkan mekanisme pembayaran serta perincian berkaitan dalam tempoh 180 hari.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Proses rundingan pembayaran 40% hasil kepada Sabah sudah dimulakan dengan komitmen untuk memuktamatkan mekanisme pembayaran serta perincian berkaitan dalam tempoh 180 hari.
00:13Menteri Komunikasi merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan Dato' Fahmi Fadil memberitahu Jemaah Menteri pada Rabu membincangkan status pelaksanaan perkara itu sesulan keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.
00:24Cuma dalam isu ini Jemaah Menteri telah diingatkan bahawa dalam tempoh 90 hari yang pertama proses itu mesti dimulakan dan akhirnya dalam tempoh 180 hari pembayaran mekanisme dan beberapa perincian lain itu mesti dimuktamatkan, dipersetujui antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
00:48Jadi tempoh masih ada lagi 90 hari tapi komitmen yang amat bermak Perdana Menteri adalah untuk melunaskan perjanjian yang telah dibuat oleh bapa-bapa Malaysia termasuk dalam perkara MA63 berkaitan 40% bagi negeri Sabah.
01:07Pada 17 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan Kerajaan Persekutuan mempunyai kewajipan mengadakan semakan dan membayar semula hak tututan 40% hasil bersih yang diperoleh dari Sabah.
01:22Hakim Dato' Celestina Stuel Galit turut mengarahkan Kerajaan Persekutuan membuat semakan kadar pemberian khas terbabit dalam tempoh 90 hari dan mencapai persetujuan pembayaran dalam tempoh 180 hari dari tarikh perintah dikeluarkan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended