Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan parti itu tidak terlibat dalam mensabotaj Pas susulan kemelut politik di Perlis. Bersatu menghormati keputusan Raja Perlis berhubung pelantikan Menteri Besar baharu, Abu Bakar Hamzah, sekali gus menamatkan krisis yang bermula selepas peletakan jawatan Mohd Shukri Ramli.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan Bersatu tidak mensabotaj PAS, susulan kemelut politik yang berlaku di Perlis.
00:11Bersatu menerusi satu kenyataan rasmi memaklumkan, parti itu amat menghargai keputusan yang dibuat oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail, di atas pelantikan beberapa ex-ko negeri Perlis baru serta Menteri Besar baru.
00:26Jelas kenyataan tersebut bersatu tidak terlibat dalam sebarang tindakan berkaitan kemelut tersebut.
00:35Segala keputusan di atas kemelut yang berlaku itu dibuat oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail dan ia perlu dihormati.
00:45Sebelum ini krisis politik di Perlis bermula selepas 5 ahli Dewan Undangan Negeri adun bersatu bersama 3 adun PAS dilaporkan menghantar akuan bersumpah kepada pihak istana
00:55bagi menggantikan Menteri Besar Mohd Syukri Ramli.
01:00Susulan itu pada 26 Desember bersatu mengemukakan 3 nama calon Menteri Besar iaitu Abu Bakar Hamzah, Adun Kuala Perlis, Megat Has Hirat Hassan, Adun Pauh dan Izizam Ibrahim, Adun Titi Tinggi.
01:14PAS turut mengemukakan 2 nama calon selepas langkah bersatu itu.
01:18Langkah tersebut diambil selepas Mohd Syukri mengumumkan peletakan jawatan secara suka rela sebagai Menteri Besar atas faktor kesihatan pada 25 Desember.
01:30Kemelut itu berakhir apabila Adun Kuala Perlis daripada bersatu Abu Bakar Hamzah menganggap sumpah sebagai Menteri Besar Perlis ke-9 pada Ahad.
01:39Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended