Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Fadhlina tegur pentadbir sekolah, PPD & JPN elak tunggu isu viral, umum 10 bilik darjah tambahan untuk atasi kepadatan pelajar.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Menteri Pendidikan, Falina Siddiq, menyeru kaki tangan Kementerian untuk bertindak pantas terhadap aduan rakyat tanpa menunggu isu tersebut tular dan tidak bersikap hanya bekerja seperti bisnes as usual.
00:12Kenyataan Falina timbul selepas beliau meninjau Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra di Bangi pada Sabtu yang menghadapi masalah kepadatan pelajar terlalu tinggi.
00:21Menerusi kenyataan di Facebook pada ahad, Falina meminta pihak pentadbir sekolah, pejabat pendidikan daerah dan jabatan pendidikan negeri untuk ubah disiplin kerja mereka.
00:34Katanya mengamalkan budaya kerja hanya kerana isu viral boleh menimbulkan pelbagai persepsi.
00:41Sementara itu, Falina memaklumkan Kementerian Pendidikan akan membina 10 bilik darjah tambahan menggunakan kaedah sistem binaan berindustri IBS untuk menampung kepadatan jumlah pelajar di SMK Bandar Seri Putra.
00:56Langkah itu merupakan penyelesaian jangka pendek dan sederhana yang terbukti efektif kerana ia dapat disiapkan dalam tempoh yang singkat.
01:04Katanya KPM juga berancang bina bangunan tambahan dua tingkat menggunakan kaedah sama selain beberapa sekolah lain untuk atasi kepadatan pelajar masa depan.
01:13Pada Sabtu, Ahli Parlimen Hululangat Muhammad Sani Hamzan dilapor berkata menerima rungutan daripada ibu bapa mengenai keadaan bilik darjah yang menempatkan 60 pelajar dalam satu kelas.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended