00:00Hasrat seorang pelajar tingkatan 3 untuk mengikuti sesi pertama persekolahan yang bermula hari ini, tidak kesampaian selepas maut dalam kemalangan.
00:10Nahas berlaku di Jalan Kepung, Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.40 pagi pada Ahad.
00:16Kemalangan itu menyebabkan mangsa Nur Hazimi Nur Hashim, 15 tahun, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah.
00:30Ketika kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah untuk mengambil adiknya selepas selesai mengisi minyak di sebuah stesen minyak.
00:38Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Muhammad Nur berkata sejurus tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Aziah yang datang dari arah bertentangan telah memasuki laluan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.
00:51Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke unit perubatan forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk proses bedah siasat.
00:59Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 41-1 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Be the first to comment