Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Dapatan JANS itu dibentangkan pada mesyuarat Khas yang diadakan pada pagi Khamis dengan agensi berkaitan, kontraktor dua projek bekalan air di Papar dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Pantai Manis dan Limbahau.
Transcript
00:00Sabotaj mungkin menjadi punca gangguan bekalan air yang teruk di Kinarut dan kawasan sekitarnya yang telah menjejaskan ribuan penduduk sejak Desember 2025.
00:11Ahli Parlimen Papar Dato' Armizan Mama Ali berkata pasukan di lapangan daripada Jabatan Air Negeri Sabah JNS telah menemui unsur pengubahan pada dua pump penggalak yang mebekalkan air ke kawasan Kinarut dan Kawang.
00:25Dapatan janji itu dibentangkan pada mesyuarat khas yang diadakan pada pagi Kamis dengan agensi berkaitan, kontraktor dua projek bekalan air di Papar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kawang, Pantai Manis dan Limbahau.
00:39Armizan berkata bekalan air yang sepatutnya untuk Kinarut dan Kawang telah disalurkan ke tempat lain, memburukkan lagi isu catuan air akibat pembinaan loji rawatan air Kogopon 2.
00:48Beliau juga memberi jaminan bekalan air akan dihantar melalui lori tangki, pemasangan paip dari loji rawatan terus ke tangki utama kawang akan dilakukan dan kepasti loji sedia ada akan ditingkatkan sebanyak 10%.
01:02Pihaknya turut melaksanakan penyambungan silang antara rangkaian paip dari tangki utama loji rawatan air Kogopon iaitu P1 terus kepada rangkaian paip tangki utama kawang P3.
01:12Katanya garis masa pelaksanaan kedua-dua strategi itu disasarkan dua minggu sebelum proses pengoperasian penuh.
01:19Dalam hari itu, Armizan membuat laporan polis di Balai Polis Kinarut malam Khamis susulan dapatan jans itu.
01:25Menurutnya, laporan dibuat adalah untuk minta PDRM membuat siasatan terhadap tindakan yang dilihat melibatkan unsur hianat dan sabotaj ke atas infrastruktur atau utiliti awam yang telah mendatangkan kemudaratan awam.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended