Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Sarawak menyatakan sokongan terhadap usaha memperluaskan projek Kereta Api Trans-Borneo merentas sempadan melibatkan wilayah Kalimantan, Indonesia sebagai langkah strategik memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan mobiliti serantau di seluruh Borneo.
Transcript
00:00Sarawak menyatakan sokongan terhadap usaha memperluaskan projek kereta api Trans Borneo
00:05merentas sempadan melibatkan wilayah Kalimantan, Indonesia
00:09menurut Konsul General Republik Indonesia di Kuching, Dr. Abdullah Zulkifi
00:14sebagai langkah strategik memperkukuh hubungan ekonomi, perdagangan dan mobiliti serantau di seluruh Borneo.
00:22Abdullah memaklumkan inisiatif berkenaan berpotensi meningkatkan tahap kesaling hubungan
00:27antara Sarawak dan Kalimantan sekaligus mengukuhkan jaringan perdagangan dua hala sekiranya direalisasikan.
00:34Abdullah pada Jumaat berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak
00:39Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Kompleks Satria Pertiwi Kuching.
00:44Tegasnya dalam kesempatan pertemuan, Premier Sarawak mendorong agar satu jaringan kesaling hubungan
00:49iaitu kereta api Trans Borneo diperluaskan ke wilayah Kalimantan.
00:53Katanya lagi, ini adalah satu peluang yang baik untuk mendorong kerjasama antara Kalimantan
00:58dengan Sarawak dan seluruh kawasan Borneo agar menjadi sebagai sebuah kawasan pembangunan ekonomi
01:04dan perdagangan yang menguntungkan semua pihak.
01:07Abdullah menambah peningkatan kesaling hubungan khususnya dari Indonesia ke Sarawak
01:11merupakan antara fokus utama beliau memandangkan Kuching bakal menjadi tuan rumah acara
01:16pembukaan Sukansi 2027.
01:19Ia termasuk memperkukuhkan hubungan sedia ada antara Kuching dan Pontianak.
01:23yang sudah lama terjalin.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended