Affin Bank Bhd menjangkakan ekonomi Malaysia dapat mengekalkan momentum kukuh pertumbuhannya dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 4.3 peratus pada 2026 susulan pengembangan 4.6 peratus pada tahun lalu.
00:00Afin Bank Berhad menjangkakan ekonomi Malaysia dapat mengekalkan momentum kukuh pertumbuhannya dengan unjuran keluaran dalam negara kasar KDNK pada 4.3% pada 2026, susulan pengembangan 4.6% pada tahun lalu.
00:16Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Wan Razli Abdullah Wan Ali berkata, faktor seperti perkembangan geopolitik global termasuk krisis terkini di Venezuela hanya membuktikan kepentingan keterjaminan tenaga dengan harga minyak dijangka kekal melebihi $56 Amerika Setung.
00:35Katanya ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan momentum pertumbuhan pada 2026 disokong oleh pelaburan langsung asing FDI yang kukuh, disiplin fiskal yang makin baik dan permintaan domestik yang berdaya tahan serta prospek KDNK diunjurkan.
00:53Dari segi pertukaran mata wang asing, beliau berkata Afin Group kekal optimis terhadap ringgit yang diunjur mengukuh kepada RM4.05 berbanding dolar Amerika pada 2026 daripada RM4.06 pada 2025.
01:07Ujarnya prospek ini disokong oleh aliran masuk asing yang kukuh serta keyakinan pelabur yang berterusan.
01:13Wan Razli berkata sejak setahun lalu, ringgit juga muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di Asia Tenggara sekaligus memaparkan asas ekonomi Malaysia yang kukuh.
01:23Beliau juga melifatkan 2026 sebagai tahun penentu bagi mata wang dan ekonomi secara keseluruhannya dipacu oleh sentimen FDI yang positif serta langkah kerajaan menangani defisit belanjawan termasuk jangkaan penggunaan subsidi bahan api.
Be the first to comment