Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Pasukan keselamatan kerajaan Syria mara ke daerah Ashrafiyah, Aleppo susulan pertempuran sengit dengan pejuang Kurdish. Pertempuran sejak Selasa memaksa lebih 140,000 penduduk meninggalkan kediaman dan meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa orang awam.
Transcript
00:00Anggota keselamatan kerajaan Syria di arah bergerak ke Aleppo, susulan pertempuran sengit antara tentera kerajaan dengan pejuang Kurdish pada Rabu Malam.
00:09Menurut pihak kuasa Syria, pertempuran tersebut telah memaksa lebih 140,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing dan meragut sekurang-kurangnya tujuh nyawa orang awam.
00:19Menurut laporan antarabangsa, asap tebal kelihatan membumbung di langit bandar itu menjelang senja diiringi dentuman meriam yang kedengaran di seluruh Aleppo ketika pejuang Kurdish cuba menghalang kemaraan tentera dan mempertahankan kawasan yang masih berada di bawah kawalan mereka.
00:36Kebuntuan politik Syria berlanjutan menyaksikan insiden berdarah antara pihak Damsyik dan pentadbiran puak Kurdish yang enggan bergabung dengan kerajaan pusat sekaligus menjadi cabaran besar buat Presiden Syria Ahmed Al-Syarah.
00:49Ahmed berikrar untuk menyatukan negara selepas 14 tahun dilanda Perang Saudara semasa pentadbiran pemimpin Bashar al-Assad yang dijatuhkan pada 2024.
01:06Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended