00:00Jabatan Peguam Negara atau AGC harus menjelaskan
00:04keputusannya tidak mengambil tindakan lanjut atau NFA
00:09terhadap 47 tuduhan jenayah yang sebelum ini dihadapi
00:13Timbalan Perdana Menteri Zaid Hamidi.
00:16Penurusi Biro Undang-Undang DAP Ram Kapal Singh
00:19yang juga bekas Timbalan Menteri Undang-Undang
00:22berkata langkah AGC mengklasifikasikan kes tersebut sebagai NFA
00:28tidak menyuntik keyakinan awam selain menimbulkan persoalan serius
00:32mengenai ketulusan siasatan serta proses membuat keputusan.
00:37Ram Kapal mengingatkan bahawa perbicaraan di Mahkamah Tinggi
00:40yang bermula pada 2019 itu telah berlarutan selama hampir 4 tahun
00:45melibatkan keterangan ramai saksi pendawaan dan Mahkamah Tinggi
00:49mendapati wujud kes prima facie terhadap Presiden UMNO itu
00:54pada akhir kes pendawaan.
00:56Ram Kapal memberi amaran sekiranya penjelasan telus tidak diberikan
01:00ia akan menjejaskan lagi kepercayaan rakyat kepada AGC
01:05melabel keputusan tersebut sebagai sesuatu yang tidak wajar.
01:10Terdahulu semalam AGC mengumumkan bahawa mereka mendapati
01:14keterangan tidak mencukupi untuk meneruskan pertuduhan terhadap Zaid
01:18susulan siasatan lanjut sekaligus memuktamadkan kes
01:22yang telah lama berlarutan itu.
01:25Zaharul Alam Yahya Syahir, FMT