Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
PMKS disaran tidak meneruskan tahun 2026 dengan pendekatan lama, sebaliknya perlu ‘berhenti seketika’ untuk membuat refleksi dan menyusun semula strategi perniagaan, kata Mentor Usahawan Jutawan, Datuk Azizan Osman, sempena pengenalan program SME360: Bangkit Bisnes 2026 dengan sokongan Astro.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana atau PMKS disaran tidak meneruskan tahun 2026 dengan pendekatan yang lama.
00:09Sebaliknya, perlu berhenti seketika untuk membuat refleksi dan menyusun semula strategi perniagaan.
00:15Menurut mentor usahawan jutawan, Datuk Azizan Osman, tekanan kos operasi, peluasan SST serta persaingan digital
00:22yang semakin agresif menjadikan keupayaan menilai semula hala tujuh perniagaan sebagai faktor kritikal untuk kekal relevan sepanjang tahun ini.
00:35Jelasnya, ramai usahawan terlalu sibuk bekerja dalam bisnes sehingga gagal menyedari mereka sebenarnya telah tersasar daripada strategi yang betul.
00:44Beliau menyifatkan proses paus atau berhenti seketika sebagai langkah strategik untuk menilai apa yang perlu diteruskan,
00:50dihentikan dan diperbaiki dalam menghadapi realiti 2026.
00:54Tak mahnya antara kesilapan paling besar PMKS adalah mengharapkan hasil berbeza,
01:24namun masih menggunakan cara lama, terutamanya dalam aspek digital, media sosial dan e-dagang.
01:31Dalam era kecerdasan buatan AI, platform digital dan persaingan terbuka,
01:36usahawan yang gagal menyesuaikan diri bersikur terus kekal di tahap yang sama atau ketinggalan.
01:41Sebagian itu, usahawan PMKS diminta untuk terus berhubung dengan pihak RishworkX
01:45bagi mendapatkan solusi dalam bisnes yang sedang dijalankan.
01:48sebab ramai wanita yang saya lihat yang berniaga tetapi mereka berada dalam keadaan yang sebenarnya lost,
01:56tak tahu, tak nampak jalan, apa sebenarnya.
01:58Dia semangat tinggi tapi dia tak nampak strategi yang tepat.
02:01Banyak sangat, Nana. Ini berlaku.
02:03Nombor dua adalah mereka yang dah berniaga lebih daripada 5 tahun, 7 tahun, 10 tahun tetapi masih dekat tahap yang sama.
02:10Dan nombor tiga, mereka yang sedang mengalami situasi jualan dia stuck.
02:15Tak boleh grow?
02:16Tak boleh grow dah.
02:17Kita tak boleh berkembang. Kita tak tahu bagaimana nak berkembang.
02:20Dan mereka inilah yang kita nak bantu dalam SME 360, Bangkit Bisnes 2026.
02:24SME 360 bertujuan membantu PMKS menyusun semula strategi jualan, pemasaran dan kepimpinan
02:30supaya usahawan bukan sekadar bertahan dalam 2026 tetapi mampu bangkit dan berkembang secara lebih mampan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended