Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 dari Paris ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Lapangan Terbang Charles de Gaulle sebagai langkah berjaga-jaga selepas menerima isyarat abnormal pada enjin pesawat.
00:00Malaysia Airlines mengesahkan penerbangan MH21 dari lapangan terbang Paris Charles de Gaulle SDG ke lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur pada 7 Januari terpaksa kembali ke CDG.
00:14Tidak lama selepas berlepas sebagai langkah berjaga-jaga susulan isyarat abnormal pada enjin pesawat, menurut Malaysia Aviation Group MAG anak kapal telah memohon layanan keutamaan dan mematuhi arahan kawalan trafik udara.
00:31Ia termasuk penggunaan kod transponder kecemasan selaras dengan prosedur keselamatan penerbangan standar bagi memastikan pesawat kembali ke CDG dengan selamat untuk pemeriksaan teknikal.
00:44Menurut kenyataan melalui WhatsApp, MAG turut memaklumkan pesawat mendarat dengan selamat pada pukul 3.35 petang waktu tempatan di Paris.
00:55MAG menjelaskan penumpang yang terjejas telah dialihkan ke penerbangan alternatif sekiranya tersedia, manakala sebahagian penumpang ditempatkan di hotel berhampiran lapangan terbang.
01:06Tambahnya Malaysia Airlines amat kesal atas kesulitan dan gangguan terhadap rancangan perjalanan penumpang serta keselamatan tetap menjadi keutamaan nombor satu syarikat penerbangan tersebut.
Be the first to comment