Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
JPJ akan mempertingkat penguatkuasaan terhadap kenderaan perdagangan yang melanggar had muatan dan peraturan jalan raya bagi memastikan keselamatan pengguna serta pematuhan undang-undang.
Transcript
00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ akan mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan secara menyeluruh di seluruh negara terhadap semua kenderaan perdagangan yang ingkar kepada peraturan dan undang-undang jalan raya menurut operasi lebih muatan tahun ini.
00:14Menurut Ketua Pengarah JPJ, Dato' Aidil Fadli Ramli, sepanjang 2025 agensi itu telah memeriksa 1.2 juta kenderaan dengan 240,493 daripadanya telah diambil tindakan.
00:30Manakala 465 disita mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat Apat 2010.
00:38Berbanding tahun 2024, sebanyak 829,392 kenderaan telah diperiksa pada tahun 2024.
00:50Jadi pada tahun lepas 2025, 1.2 juta kenderaan diperiksa.
00:56Jadi peningkatan sebanyak 35.5% manakala 126,974 kenderaan telah diambil tindakan.
01:08Iaitu meningkat 47.2% dan berbanding tahun 2024, 69 kenderaan disita.
01:21Beliau berkata demikian selepas mengetuai satu operasi lebih muatan di kawasan rehat dan rawat R&R arah utara Rabu Malam.
01:27Beliau berkata antara kesalahan tertinggi yang direkodkan pada 2025 ialah gagal mematuhi notis arahan pemeriksaan berkala,
01:33tiada lesen vokasional, tidak menyelenggara tayar dengan baik dan tiada lesen memandu kompeten CDL.
01:40Fokus operasi kali ini adalah terhadap kenderaan yang melanggar hak muatan dibenarkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987
01:46dan peraturan-peraturan berkaitan penguatkuasaan teknikal serta pematuhan penggunaan sistem hak laju.
01:51Ia bertujuan memastikan kenderaan perdagangan beroperasi mengikut piawaian yang ditetapkan dan tidak membahayakan pengguna jalan raya.
01:58Terima kasih.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended