00:00Populasi bukan warga negara di Sabah menurun daripada 1.043 juta pada tahun 2024 kepada 1.04 juta tahun lalu.
00:12Jabatan Perangkaan Malaysia dosa menambah berdasarkan rekod sehingga 24 Disember, Sabah mencatat jumlah bukan warga negara tertinggi dari tahun 1991 hingga tahun lalu berbanding negeri-negeri lain.
00:23Dalam satu kenyataan pada Khamis, Jabatan itu berkata peratusan bukan warga negara tertinggi di negeri itu adalah 56.5% atau 453,470 orang yang direkodkan pada tahun 1991.
00:40Manakala jumlah tertinggi bukan warga negara ialah 1.158 juta orang pada 2018.
00:47Jabatan itu berkata struktur populasi bukan warga negara menurun semasa pandemik COVID-19 dari 2020 hingga 2022.
00:56Tahun lalu, Sandakkan mencatatkan jumlah bukan warga negara tertinggi iaitu 195,100 orang diikuti oleh Tawau, 142,900 orang dan Kota Kinabalu, 125,400 orang.
01:10Ia turut memaklumkan bahawa Kota Kinabalu mencatatkan peningkatan jumlah bukan warga negara berbanding tahun 2024 seramai 121,800 orang susulan pembukaan semula sektor ekonomi dan pendidikan pasca pandemik dengan kemasukan semula pekerja asing dan pelajar antarabangsa ke negeri itu.
01:28Namun begitu, angka bagi Kota Kinabalu pada tahun lepas masih lebih rendah berbanding tahun 2018 iaitu seramai 144,700 orang.
Be the first to comment