Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
JIM Negeri Sembilan menahan 77 PATI dalam operasi penguatkuasaan di 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai. Kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.
Transcript
00:00Berseramai 77 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia, GIM, Negeri Sembilan di 13 lokasi sekitar Seremban dan Nilai.
00:12Pengarah GIM Negeri Sembilan Kenneth Tan Aikyang berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas 395 warga asing hasil risikan selama seminggu.
00:23Daripada pemeriksaan itu, sebanyak 77 warga asing berusia antara 19 hingga 47 tahun ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen melibatkan 71 lelaki dan 6 perempuan.
00:36Tangkapan membabitkan 4 warga Indonesia, 10 warga Pakistan, 26 masing-masing warga Bangladesh dan India, 6 warga Thailand dan 5 warga Myanmar.
00:46Antara kesalahan utama adalah tidak memiliki pas dan dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa serta pelanggaran peruntukan Akta Imigresen 1959-63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
01:03Kesemua ditahan ditempatkan di Depoh Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut dan tindakan tegas termasuk pendawan akan diambil terhadap majikan yang menggaji parti.
01:16Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended