00:00Seorang anggota polis didakwa atas pertuduhan menipu seorang wanita berkaitan urusan penyelesaian saman dua tahun lepas.
00:07Tertuduh Konstabel Awang Azizan Awang Jana bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di Mahkamah Session Batworth hari ini.
00:17Mengikut pertuduhan lelaki itu didakwa telah menipu wanita tersebut dengan mendakwa dia boleh menyelesaikan empat saman PDRM berjumlah RM850 dengan bayaran RM620.
00:28Perbuatan itu mendorong wanita berkenaan memindahkan RM620 ke dalam akaun bank tertuduh sedangkan perkara itu diketahui tidak benar.
00:38Dia didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Kesiksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
00:48Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Be the first to comment