Skip to playerSkip to main content
Warga asing dan kanak-kanak tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan kerana membuang, menempatkan atau meninggalkan sisa di tempat awam di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, bagi memastikan penguatkuasaan undang-undang tersebut berjalan lancar, seramai 330 anggota penguat kuasa Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah digerakkan di seluruh negara sempena ambang tahun baharu 2026.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762521/berita/nasional/warga-asing-kanak-kanak-akan-dikenakan-tindakan-jika-buang-sampah-merata-rata---kor-ming

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #NgaKorMing #aktabuangsampahmerata #wargaasing #SWCorp

Category

🗞
News
Transcript
00:00Hukuman Hikmat Masyarakat telah berkuatkuasa mulai 1 hari bulan Januari 2026.
00:09Slogan kita Malaysia Besi, Rakyat Sejahtera.
00:13Kita mengaluh-ngaluhkan kerjasama semua pihak, sama ada sektor awam, swasta, NGO dan pelbagai sektor.
00:22Menjaga kebersihan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata.
00:26Menjaga kebersihan adalah kewajipan kita semua kerana menjaga kebersihan juga separuh daripada keimanan.
00:36Oleh kerana itu, saya telah mengarahkan seluruh pasukan penguatkuasa SWCOP.
00:43Kita telah pun mobilisasi 330 penguatkuasa di seluruh negara pada hari ambang menyambut tahun melawat Malaysia
00:54di mana mulai saat pukul 12.01, 42 orang individu termasuk 18 orang warga asing telah ditangkap dan dikenakan kompau.
01:11Denda maksimumnya boleh sampai RM2,000.
01:15Dan boleh dipenjarakan oleh mahkamah sekiranya disabit kesalahan.
01:23Termasuk menjalani hukuman hikmat masyarakat 12 jam.
01:29Sapu jalan, termasuk jalan di sini, cuci longkang, bersih tandas.
01:35Jika perlu, pergi terim pokok, cantas pokok.
01:40Hukuman hikmat masyarakat ini merangkumi warga asing.
01:44Oleh kerana itu, it will be a very important and strong message.
01:50Including foreigners, nobody is above the law.
01:54Siapa-siapa saja didapati campak pentung rokok, meludah atas jalan, buang botol plastik, air mineral.
02:08Semua boleh dikenakan hukuman masyarakat.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended