Skip to playerSkip to main content
Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional

Category

šŸ—ž
News
Transcript
00:00Bermula dari dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka Karipap menjadi titik tolak kejayaan seorang usahawan wanita dari Gerik Perak.
00:10Hamidah Sulaiman kini mengendalikan idas industri Senenberhad dengan kilang sendiri di kawasan perindustrian si putih Batu Gajah.
00:19Lebih 14 tahun dalam perniagaan, beliau membuktikan industri makanan tradisional kekal relevan jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
00:32Penyertaan dalam program RISDA pada tahun 2024 menjadi pemangkin perubahan besar apabila sokongan mesin dan latihan membantu meningkatkan kapasiti pengeluaran.
00:42Dengan 36 jenis produk dan Karipap sebagai jualan utama, fokus perniagaan yang kini tertumpu kepada pembekalan ke sekolah berasrama penuh selain merancang untuk menembusi pasaran antarabangsa tahun hadapan.
00:58Saya memang banyak dapat bantuan daripada RISDA, terutamanya bahagian peralatan.
01:04Untuk tahun lepas kita dapat satu peralatan iaitu mesin Karipap daripada RISDA dan kami memang bila kami gunakan memang kami boleh dapat dan jana pendapatan yang memang lumayan.
01:16Sebelum ini kami menggunakan mesin secara manual. Jadi bila kita dapat satu bantuan iaitu mesin Karipap, kita nampak perubahan ketara.
01:24Pertama kita dapat kapasiti kita meningkat lebih kurang dua hingga ketiga kali ganda dan yang kedua kita dapat menjana pendapatan dengan lebih efektif sebab kita dah kurang tenaga pekerja.
01:37Jadi kedua-dua ni memang membantu syarikat untuk lebih berkembang.
01:40Untuk pengeluaran Karipap sebulan, sebulan kita dulu perlu lebih kurang dalam 100 ribu biji menggunakan tangan.
01:49Tapi bila kita menggunakan mesin Karipap ni, sebulan kita dah boleh menghasilkan lebih kurang dekat 400 hingga 500 pieces.
01:55Bukan sikit ni. Jadi bila kita nampak tu memang dia memang membantulah pengeluaran kita lebih tinggi dan lebih banyak kapasiti yang kita dapat.
02:04InsyaAllah tahun 2026 dan 2027 adalah masa untuk kita cuba bawa produk kita ke luar negara.
02:11Terima kasih banyak saya ucapkan pada pihak Rizda sebab kita pun Alhamdulillah baru ni dah masuk final RGBC.
02:19Terima kasih Rizda.
02:21Dengan geran RM50,000 tu insyaAllah kita akan lebih berkembang lagi insyaAllah.
02:26Dan juga kita ucapkan terima kasih juga pada semua ejek-jek yang banyak membantu kami sehingga ke hari ni.
02:32Kalau tanpa bantuan-bantuan yang sedia ada ni insyaAllah mungkin IDAS tidak akan berkembang secepat inilah.
02:38Jadi saya harap sangat mungkin selepas ni bantulah insyaAllah kita akan cuba yang terbaik untuk bawa nama IDAS ni lebih dikenali di seluruh negara dan juga di seluruh dunia.
02:49Bagi Hamidah, walaupun hanya sebejik karipap, jika dibuat dengan betul, ia mampu mengubah kehidupan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended