Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Pakar sosial, Datuk Prof. Mohammad Shatar Sabran, berkata Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) diperkenalkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengalihkan fokus kawal selia penyalahgunaan siber daripada pengguna semata-mata kepada reka bentuk, sistem serta algoritma platform digital, khususnya demi melindungi kanak-kanak dan keluarga.
Transcript
00:00Kemudaratan dalam talian di Malaysia dilihat semakin serius dan tidak lagi boleh dianggap sebagai isu terpencil.
00:07Kes penipuan berskala besar, buli cyber serta eksploitasi seksual kanak-kanak jelas membuktikan
00:12pendekatan kawal selia secara sukarela sahaja tidak lagi mencukupi.
00:17Sebuah itu, Seranjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 atau ONSA
00:25bagi memperkasakan takbir urus keselamatan digital.
00:30Pakal Sosial Datuk Profesor Muhammad Syatar Sabran berkata ONSA mengalihkan fokus kawal selia penyalahgunaan cyber
00:39daripada pengguna semata-mata kepada reka bentuk sistem serta algoritma platform digital khususnya demi melindungi kanak-kanak dan keluarga.
00:49Menurut Muhammad Syatar, akta itu memberi tumpuan kepada kandungan berisiko tinggi seperti bahan penderaan seksual kanak-kanak,
00:56penipuan kewangan, kandungan lucah, gangguan ugutan serta komunikasi menghasut.
01:02ONSA ini sangat-sangat tepat diperkenalkan supaya kita dapat mengawal selia,
01:08kita dapat mengawal sebaik mungkin untuk mengurangkan keberangkalian perkara-perkara yang tidak diingini berlaku
01:16hasil daripada kewujudan ataupun penyalahgunaan media sosial yang ada pada hari ini.
01:22Katanya akta ini menetapkan tanggungjawab yang jelas kepada platform berlesen untuk menilai dan mengurus risiko kandungan berbahaya
01:29selain menyediakan kawalan keselamatan kepada pengguna.
01:32Dalam konteks ini, penyedia platform mereka juga mempunyai tanggungjawab dan mereka juga akan membuat penilaian.
01:38Kalau mereka menyediakan platform yang membenarkan perkara-perkara negatif yang berlaku dalam masyarakat,
01:43mereka juga akan diseret ataupun didakwa berdasarkan peraturan-peraturan yang telah disediakan
01:50dan saya rasa komitmen dan tanggungjawab dua-dua pihak.
01:53Yang pertama, yang pengguna dan yang kena penyedia juga akan bertanggungjawab
01:56dan insyaAllah kita rasa kombinasi dua ini, perkara-perkara yang kita lihat selama ini dapat kita kurangkan.
02:03Keperluan terhadap ONSA turut diperkukuh dengan data semasa yang menunjukkan kerugian sebanyak 2.7 bilion ringgit
02:11akibat penipuan dalam talian antara Januari hingga November 2025.
02:16Sejak 2020, sebanyak 38,470 kandungan buli dan gangguan telah diturunkan
02:23manakala 880,000 fail penderaan seksual kanak-kanak dirampas menerusi operasi pedo 2.0.
02:32Terima kasih kerana menonton!
02:33Terima kasih kerana menonton!
02:35Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended