Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Sebanyak 688 kes eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian direkodkan dari Januari 2021 hingga November tahun lalu.
Transcript
00:00Sebanyak 688 kes eksploitasi seksual kanak-kanak dalam talian direkodkan dari Januari 2021 sehingga November tahun lalu.
00:10Ketua Polis Negara Datuk Seri Muhammad Khalid Ismail berkata selain itu, 351 kes berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak dilaporkan antara Januari 2021 hingga Oktober tahun lalu.
00:22Muhammad Khalid memberitahu kerugian yang ditanggung akibat jenayah penipuan dalam talian mencecah lebih 2.7 bilion ringgit dari Januari hingga November tahun lalu.
00:33Sehubungan itu, kata beliau, Polis Diraja Malaysia PDRM menyokong penuh pelaksanaan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 ONSA yang disifatkan sebagai kerangka perundangan baharu.
00:44Katanya ia dapat memperkukuhkan keselamatan pengguna dan meningkatkan tanggungjawab platform digital dalam melindungi rakyat daripada ancaman saiber.
00:54Muhammad Khalid berkata pelaksanaan ONSA merupakan langkah penting bagi memastikan platform digital bertanggungjawab dalam mengekang penyebaran kandungan berbahaya serta menutup ruang operasi penjenayah saiber.
01:07Menurutnya pelaksanaan Akta itu turut memperkukuh tindakan terhadap eksploitasi kanak-kanak, penipuan dalam talian, penyalahgunaan identiti dan kandungan ekstremisma.
01:17Jelas beliau, pendekatan itu adalah selaras dengan komitmen untuk melindungi rakyat dan memastikan mereka selamat dalam persekitaran saiber masa hadapan.
01:25Sehubungan itu, PDRM akan terus bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC, Kementerian Berkaitan serta penyedia platform digital menerusi pendekatan Hall of Government bagi memastikan tindakan terhadap jenayah saiber dapat dilaksanakan secara lebih pantas, tersusun dan berkesan.
01:46Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended