Skip to playerSkip to main content
  • 1 week ago
Tentera Israel dilaporkan merobohkan penempatan di kem pelarian Nur Shams, Tebing Barat yang diduduki, memaksa puluhan ribu penduduk Palestin meninggalkan kediaman mereka. Kem ini sebelum ini menempatkan keturunan rakyat Palestin yang diusir semasa perang 1948.
Transcript
00:00Dalam pada itu, tentera Israel bertindak merobohkan penempatan di kamp larian Norsham di Tebing Barat yang diduduki mereka secara haram.
00:09Menurut seorang penduduk dikenali sebagai Ahmed Masri, tindakan Israel itu telah memaksa puluhan ribu penduduk Palestine meninggalkan kediaman mereka.
00:30Selain itu, tindakan ini dilihat oleh sebahagian rakyat Palestine sebagai percubaan awal untuk pengusiran lebih meluas pada masa akan datang.
00:43Kemp ini menempatkan rakyat Palestine yang melarikan diri atau diusir semasa perang 1948 ketika penubuhan Israel.
00:51Daripada populasi asal sekitar 13,000 orang, hampir tiada lagi penduduk yang tinggal di kamp berkenaan sejak operasi tentera Israel dijalankan.
00:59Tentera Israel sebelum ini mendakwa operasi tersebut bertujuan membanteras anggota kumpulan yang disokong Iran termasuk Hamas dan jihad Islam yang menjadikan kamp-kamp di utara Tebing Barat yang dikatakan sebagai kubu kuat mereka.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended