00:00Terima kembali, perakam suara dan kotak hitam pesawat yang membawa ketua turus angkatan tentera Libya telah ditemui selepas pesawat itu terhempas di pinggir Ankara.
00:11Menteri Dalam Negeri Turki Ali Yerlikaya berkata, perakam suara pesawat itu ditemukan jam 2.45 pagi Rabu, manakala kotak hitamnya dijumpai kira-kira 35 minit kemudian.
00:23Jelas beliau, proses pemeriksaan dan penilaian terhadap kedua-dua peralatan itu telah pun dimulakan oleh jawatan kuasa berkaitan.
00:30Alim memaklumkan seramai 22 orang dari Libya, termasuk 14 pegawai Kementerian Pertahanan Libya yang disertai 5 waris mangsa
00:53serta 8 pegawai Kementerian Dalam Negeri Libya telah tiba di Ankara bagi tujuan pengesahan identiti serta urusan lanjut mangsa nahas.
01:03Jet persendirian itu dilaporkan mengalami kegagalan elektrik dan meminta pendaratan kecemasan sebelum terhempas berhampiran Ankara.
01:10Pesawat jenis Dassault Falcon 50 itu dalam penerbangan dari Ankara ke Tripoli.
01:15Kesemua 8 individu, termasuk 3 kru, disahkan terkorban.
Be the first to comment