Skip to playerSkip to main content
  • 9 hours ago
Agensi penarafan kredit tempatan, MARC Ratings, mengekalkan penarafan berdaulat maklumat awam Malaysia pada tahap tertinggi aaa dengan tinjauan stabil.
Transcript
00:00Agensi Penarafan Kredit Tempatan, Mark Ratings, mengekalkan penarafan berdaulat maklumat awam ke Malaysia pada tahap tertinggi dengan EEE dengan tinjauan stabil.
00:11Menurut Mark Ratings, penarafan EEE itu mencerminkan kekuatan kredit Malaysia, termasuk struktur ekonomi yang terbuka dan pelbagai dasar moneteri yang berkesan,
00:20sektor kewangan yang berdaya tahan serta kemajuan berterusan dalam pembaruan struktur dan institusi.
00:25Agensi itu turut menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025, walaupun berdepan ketidaktentuan luaran dan dijangka mampan pada 2026.
00:37Pertumbuhan tersebut disokong oleh pelaburan asing yang kukuh, khususnya dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan bernilai tambah tinggi selain penggunaan isi rumah yang berdaya tahan serta pasaran tenaga kerja yang stabil.
00:49Mark Ratings turut menyifatkan dasar moneteri Malaysia sebagai antara kekuatan kredit teras dengan keupayaan mengekalkan kestabilan harga serta menyokong pertumbuhan ekonomi.
01:00Agensi itu memaklumkan nilai ringgit mengukuh sekitar 8% sehingga akhir November 2025 mencerminkan tekanan luaran yang terkawal.
01:08Selain itu, langkah pelonggaran dasar Bank Negara Malaysia termasuk pengurangan keperluan berizat berkanun dan penurunan kadar dasar semalaman membantu mengekalkan aliran kredit serta mengurangkan kos pembiayaan dalam persekitaran global yang mencabar.
01:23Mark Ratings turut menekankan komitmen kerajaan terhadap pengukuhan fiskal menerusi Akta Keuangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 yang dijangka menyokong penambahbaikan kedudukan hutang negara secara berperingkat dengan defisit fiskal yang terus mengecil.
01:39Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended