Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump tidak menolak kemungkinan berlakunya perang dengan Venezuela selain Setiausaha Negara AS, Marco Rubio berikrar melaksanakan sekatan terhadap kekayaan minyak negara itu.
00:00Presiden Amerika Syarikat Donald Trump tidak menolak kemungkinan berlakunya perang dengan Venezuela.
00:05Selain itu, ketegangan dengan Venezuela juga makin memuncak apabila setiusa negara Amerika Syarikat Marco Rubio berikrar melaksanakan sekatan terhadap kekayaan minyak negara itu.
00:18Trump semasa ditemubual media berkata, Washington tidak akan menyembunyikan hasrat untuk perangi Venezuela,
00:24di mana Presidennya, Nicolás Maduro sendiri tahu apa yang dimahukan Amerika Syarikat.
00:30Manakala Rubio yang bercakap dalam sidang media di Jabatan Negara juga enggan menyatakan secara jelas,
00:35sama ada Amerika mensasarkan untuk menumbangkan Maduro, tetapi menegaskan akan terus menekan rejim itu.
00:41Trump sebelum ini mengisytiharkan Venezuela dikelilingi sepenuhnya oleh armada terbesar yang pernah dibentuk dalam sejarah Amerika Selatan
00:47dan berikrar akan menghentikan perhantaran minyak Venezuela sebagai penguasaan sekatan unilateral.
00:53Pegawai kanan Trump, Stephen Miller menuduh Venezuela melakukan pemilikan semula terhadap syarikat Amerika
00:58yang terlibat dalam penerokaan minyak awal di wilayah berdaulat Venezuela.
01:03Walaupun tindakan ketenteraan dan sekatan dilaksanakan,
01:06pentadbiran Trump setakat ini tidak meminta kelulusan rasmi Kongres untuk menisytiharkan perang terhadap Venezuela.
01:12Dinjawan Quinnipiac bulan ini menunjukkan 63% pengundi Amerika menentang tindakan ketenteraan di Venezuela,
01:19manakala hanya 25% menyokongnya.
01:21Pentadbiran Trump sebelum ini menegaskan penempatan tentera adalah sebagai tindak balas terhadap penyeludupan dada.
Be the first to comment