Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kinabatangan, Naim Kurniawan Moktar, sahkan bakal membawa cabaran Barisan Nasional (BN) sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan.
00:00Ketua Pemuda UMNO bahagian Kinabatangan Naim Kurniawan Mokhtar Sahkan bakal membawa cabaran Barisan Nasional BN sebagai calon untuk pilihan raya kecil PRK Parlimen Kinabatangan.
00:17Perkara itu dimalumkan dalam hantaran di Facebook miliknya.
00:20Ia selepas diumumkan dan menerima kepercayaan serta amanah daripada pengurusi Barisan Nasional Dato' Sri Ahmad Zahid Hamidi dalam satu madris di Ibu Negara pada Jumaat malam.
00:31Menurut Naim, pelantikan itu bukan sekadar mandat politik, sebaliknya membawa harapan besar rakyat Kinabatangan yang menuntut pembelaan terhadap pelbagai isu khususnya pembangunan, kebajikan dan masa depan masyarakat setempat.
00:44Muhammad Naim yang juga anak sulung kepada bekas ahli Parlimen Kinabatangan itu turut meluahkan bahawa detik berkenaan pastinya lebih bermakna sekiranya dapat disaksikan oleh bapanya sendiri.
00:55Sebelum ini UMNO sahabat memaklumkan bahawa empat nama telah disenaraikan untuk dikemukakan kepada Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO sebagai calon bagi Parlimen Kinabatangan dan Dewan Undangan Negeri Don Lamak.
Be the first to comment