Semakin banyak negara menetapkan had umur atau kebenaran ibu bapa untuk akses media sosial, dengan Australia, EU dan lain-lain memimpin langkah keselamatan digital remaja.
00:00Negara di seluruh dunia sedang melaksanakan sekatan berasaskan umur atau syarat ketat mendapatkan kebenaran ibu bapa bagi golongan bawah umur ketika undang-undang baru Australia berkuat kuasa sepenuhnya pada Rabu.
00:12Denmark merancang untuk melarang penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah 15 tahun namun ekses masih dibenarkan dari usia 13 tahun dengan kebenaran jelas daripada ibu bapa.
00:22Langkah itu susulan seruan Perdana Menteri Denmark Medvederisen pada November supaya sekatan media sosial terhadap kanak-kanak diperketat susulan kebimbangan mengenai kesihatan mental golongan muda.
00:34Norway turut menuju ke arah sama apabila mengumumkan rancangan undang-undang baru yang menetapkan umur minimum 15 tahun untuk akses media sosial.
00:43Draf itu akan menentukan platform yang terlibat serta menjelaskan bahawa matlamatnya adalah untuk melindungi kanak-kanak daripada kandungan berbahaya, eksploitasi komersial dan penyalahgunaan data sambil mengiktiraf hak mereka untuk bersuara dan mendapatkan maklumat.
00:59Jun lalu, Presiden Perancis Emmanuel Macron berkata beliau akan menggesa penggubalan peraturan Kesatuan Eropah EU untuk melarang media sosial bagi golongan bawah 15 tahun susulan insiden tikaman di sebuah sekolah di negara itu.
01:13Di Spanyol pula, draft undang-undang digubal bagi menaikkan umur minimum membuka akaun media sosial daripada 14 ke 16 tahun dan mewajibkan kebenaran jelas daripada ibu bapa atau penjaga sah bagi sesiapa di bawah umur itu.
01:29Sesetengah negara memilih syarat kebenaran ibu bapa berbanding larangan penuh.
01:34Di Jerman, kanak-kanak bawah 16 tahun perlu mendapatkan kebenaran ibu bapa untuk menggunakan perkhidmatan media sosial.
01:40Di United Kingdom, peraturan keselamatan baru dikenali sebagai kod kanak-kanak yang diperkenalkan pada Julai 2025 di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian,
01:51mengkehendaki platform media sosial menghalang golongan bawah umur daripada terdedah kepada kandungan haram dan berbahaya.
01:58Kerajaan New Zealand juga menyokong rang undang-undang media sosial pengguna berusia terhad berasaskan pendekatan Australia
02:05yang akan melarang golongan bawah 16 tahun daripada memiliki akaun media sosial.
02:10Di Amerika Syarikat, beberapa negeri cuba melarang golongan bawah 18 tahun daripada menggunakan media sosial tanpa kebenaran ibu bapa.
02:18Namun, banyak undang-undang itu berdepan cabaran perlembagaan dan kebebasan bersuara di mahkamah.
02:24Ketika larangan bawah 16 tahun Australia berkod kuasa, penggubal dasar di seluruh dunia sedang memerhati rapat.
02:30Sama ada langkah perintis ini benar-benar dapat mengurangkan risiko dalam talian
02:35tanpa memutuskan golongan muda daripada hubungan sosial dan maklumat penting.
Be the first to comment