Skip to playerSkip to main content
  • 11 hours ago
Dewan Rakyat meluluskan pindaan Akta 652 yang memperkenalkan tiga sijil pakar nasional, sekali gus memacu reformasi besar TVET melalui perluasan pengiktirafan kemahiran, peningkatan standard latihan dan penyelarasan pembiayaan di bawah KESUMA.
Transcript
00:00Lanskap pendidikan dan latihan teknikal dan vocational TVET negara memasuki fasa reformasi besar apabila Rang Undang-Undang Pembangunan Kemahiran Kebangsaan Pindaan 2025 atau Akta 652 diluluskan Dewan Rakyat sekaligus memperkenalkan tiga sijil pakar nasional buat julung kalinya.
00:18Menurut kenyataan Kementerian Sumber Manusia Kesuma, pembaruan tersebut menjadi pemacu revolusi TVET bagi mengangkat kepakaran tenaga mahir Malaysia ke tahap piawaian global.
00:30Kesuma menjelaskan Akta 652 diperkukuh melalui 15 fasa pindaan yang memperluas pengiktirafan kemahiran, meningkatkan kualiti penyedia latihan dan memastikan Jabatan Pembangunan Kemahiran JPK terus relevan dengan tuntutan industri baharu.
00:47Tiga sijil pakar yang diperkenalkan ialah pakar kemahiran, pakar kemahiran kanan dan perunding kemahiran bagi mengiktiraf pengalaman dan kepakaran tenaga mahir tempatan buat pertama kalinya.
01:00Pindaan turut memperluas keanggotaan Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan NPKK dengan penyertaan Kementerian Berkaitan serta Lembaga Teknologi Malaysia atau MBOT bagi memastikan dasar TVET dipandu oleh kepakaran teknikal sebenar.
01:14JPK juga diberi kuasa mengiktiraf forum latihan di luar standar kemahiran pekerjaan kebangsaan NUSS termasuk latihan frontier dalam bidang AI, automasi dan semikonduktor untuk tujuan pembiayaan perpadanan tabung pembangunan kemahiran PTPK.
01:31Tempoh pentahulian pusat latihan dipanjangkan sehingga enam tahun disertai tata cara penggantungan dan pembatalan yang diperkemas bagi memperkukuh integriti penyedia latihan.
01:42Pengenalan Sijil Kemahiran Modular Malaysia SKMM turut menyediakan laluan pembelajaran fleksibel berasaskan micro-kredensial, kos rendah bagi menyokong pembelajaran sepanjang hayat.
01:55Dalam pindaan berasingan, Dewan Rakyat turun meluluskan Rang Undang-Undang Tabung Pembangunan Kemahiran Pindaan 2025 atau Akta 640 bagi memperkukuh pembiayaan latihan kemahiran negara termasuk meningkatkan takbir urus PTPK.
02:12Pindaan tersebut memperluas akses pinjaman latihan dan bantuan kewangan kepada program lain yang diitaraf JPK disamping mengukuhkan penguatkuasaan setiap masa, tindakan undang-undang selama 12 tahun dan sekatan keluar negara terhadap penginjam ingkat.
02:29Penyelarasan Akta 652 dan Akta 640 dilihat bakal membentuk sistem Tibet negara yang lebih seragam, responsif dan mampu melahirkan tenaga mahir, kompeten, selaras dengan kehendak industri.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended