Skip to playerSkip to main content
  • 8 minutes ago
Pengarah Institut Pembangunan & Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA-UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali menegaskan bahawa fenomena ini bukan lagi isu pinggiran, sebaliknya petanda struktur ekonomi negara yang semakin membimbangkan.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pasaran kerja Malaysia semakin berhadapan risiko struktur apabila lebih ramai tenaga mahir tempatan berhijrah ke luar negara,
00:08sementara pertumbuhan pekerjaan di dalam negara pula semakin banyak diisi pekerja asing tanpa kemahiran.
00:13Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Minda UKM, Prof. Tan Sri Dr. Nur Azlan Ghazali menegaskan,
00:21jika dibiarkan berterusan, ia berpotensi menjejaskan aspirasi Malaysia untuk muncul sebagai negara maju dan berpendapatan tinggi.
00:30The only way untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi ialah negara mesti dipenuhi dengan seramai mungkin pekerja-pekerja mahir,
00:40berilmu tinggi, menggunakan teknologi dan sebagainya. Kita tidak boleh bersandarkan kepada ekonomi murah.
00:47Ini saya dah sebut banyak kali. Ekonomi murah ini seolah-olah menjadi satu tawaran hebat.
00:53Bukan saja maksudnya murah-murah itu seolah-olah menjadi satu tanda berjaya.
01:00Ini satu perkara yang kita perlu semak balik supaya kita dapat memperbetulkan keadaan ini.
01:06Jadi, dasar dan juga pelan-pelan strategik mengarah kepada pekerja mahir, teknologi tinggi dan sebagainya.
01:15Tetapi, tenaga kerja kita dan tenaga buruk kita bergerak ke arah yang bertentangan daripada apa yang kita nak capai.
01:24Itu satu yang perlu dilihat secara terperinci dan diambil tindakan.
01:29Beliau berkata perhijarahan rakyat ke luar negara sering dianggap positif kerana mereka mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik.
01:36Namun, hakikatnya negara menanggung kos yang besar apabila tenaga mahir yang dilahirkan melalui dana rakyat
01:42akhirnya menyumbang produktiviti kepada ekonomi negara lain.
01:45Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Selasa.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended