00:00Polis sedang menyiasat kejadian lantai sebuah rumah terbakar di Taman Universiti Sekudai Sabtu lepas yang dipercayai angkara pemberi pinjaman wang tanpa lesin atau alung.
00:11Menurut pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrul Anwar Nur berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 58 tahun pada 81 minit pagi hari yang sama.
00:23Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 4.18 pagi.
00:30Pengadu memaklumkan menyedari lantai luar rumahnya terbakar selain menemui serpihan kaca serta satu nota yang dipercayai dilempar suspek.
00:40Azrul Anwar berkata kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api atau bahan letupan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika disabit kesalahan.
00:52Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menyalurkannya segera dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.
Be the first to comment