Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) semakin terbeban dengan kos dan tuntutan pematuhan yang kompleks; keutamaan kini ialah memperkasa kemudahan menjalankan perniagaan dan mengurangkan halangan birokrasi, bukan menambah peraturan baharu.
Transcript
00:00Perusahaan mikro, kecil dan sederhana PMKS berhadapan cabaran yang semakin kompleks dan memerlukan pemudah cara perniagaan dan bukan lagi peraturan baru.
00:10Menurut pengurusi Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia Samenta, Datuk William Eng, usahawan kecil akan lebih bersedia dan lebih yakin mematuhi peraturan apabila prosesnya yang mudah, telus dan tidak memakai masa.
00:24Pada saya, kadang-kadang peraturan yang tidak diperlukan, tidak patutlah kita puntukkan ataupun tidak patut kita keluarkan untuk memberi perniagaan ini lebih kerja.
00:41Sebenarnya sekarang ini pun PMKS kita sedang bergelut dengan isu kos, dengan isu pematuhan dan sebagainya.
00:48Jadi apa yang diperlukan oleh PMKS bukan sahaja bantuan dari segi kewangan dan sebagainya.
00:54Apa yang paling diperlukan oleh PMKS sebenarnya adalah apa yang kita katakan is of doing business dan juga kita turunkan barrier of doing business.
01:04Pada masa sama, Samenta menyambut baik pengumuman Perdana Menteri mengenai had nilai ambang RM1 juta bermula 2026.
01:11Keputusan ini dianggap tepat pada masanya kerana mengambil kira tekanan kos dan cabaran pematuhan yang sedang ditanggung PMKS di seluruh negara.
01:20Langkah ini juga dilihat sebagai isyarat jelas bahawa kerajaan peka terhadap realiti akar umbi bukan sekadar angka di atas kertas.
01:28Beliau berkata demikian dalam Niaga Awani, Padi Isnin.
01:31Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended