Skip to playerSkip to main content
  • 1 day ago
Terengganu lanjut tempoh remedi FGV berkait notis larangan tanah Felda
Kerajaan Terengganu melanjutkan tempoh remedi kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selama sebulan sehingga 7 Januari 2026.

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Zulkifli Ali berkata, ia susulan perkembangan positif hasil siri rundingan berkaitan isu tanah ladang komersial yang diusahakan agensi itu di Terengganu.
Transcript
00:00Kerajaan Terengganu melanjutkan tempoh hari ini kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan Felda selama sebulan sehingga 7 Januari 2026.
00:08Setuasa Kerajaan Negeri, Dato' Zulkifli Ali berkata, lanjutan yang diberikan itu selepas siri rundingan isu tanah ladang komersial diusahakan di negeri itu menunjukkan hasil positif.
00:20Menurut Zulkifli, rundingan dengan pengurusan tertinggi Felda menunjukkan kemajuan serta diyakini mampu membawa kepada penyelesaian muktamad.
00:31Jelasnya keputusan berkenaan turut mengambil kira komitmen kedua-dua pihak untuk memuktamadkan terma serta syarat perjanjian yang sedang dirangka.
00:40Selaras dengan itu, Kerajaan Negeri bersetuju tidak meneruskan tindakan susulan terhadap notis yang dikeluarkan sebelum ini kepada semua lembaga pengarah FGV.
00:48Katanya Kerajaan Negeri juga memberi kelonggaran kepada FGV untuk meneruskan operasi semua ladang mereka di Terengganu berkuat kuasa serta-merta.
00:58Notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara juga katanya akan ditarik balik sebaik sahaja perjanjian muktamad ditandatangani antara Kerajaan Negeri dan Felda.
01:08Kerajaan Terengganu pada 30 November lalu mengeluarkan notis larangan menceroboh tanah diusahakan Felda di 10 ladang seluas 15,000 hektare atas alasan lebih 40 tahun tanah berkenaan diteroka tanpa pembayaran premium, cukai atau perkongsian keuntungan.
01:25Penyerahan notis dilakukan serentak kepada pihak pengurusan ladang di Setiu, Besut, Kemaman, Marang, Dungun dan Hulu Terengganu.
01:34Terima kasih telah menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended