Dua remaja lelaki masing-masing berusia 16 dan 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sungai Petani atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar sekolah menengah pada bulan lalu.
00:00Dua remaja lelaki masing-masing berusia 16 dan 17 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Magistret Sungai Petani pada Isnin atas pertuduhan mencederakan seorang pelajar sekolah menengah pada bulan lalu.
00:11Pengakuan itu direkodkan di hadapan Magistret Muhammad Azam Basri selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadap kedua-dua tertuduh.
00:19Mereka didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan terhadap mangsa berusia 17 tahun di asrama sekolah kira-kira pukul 12.04 pada 24 November.
00:33Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
00:44Mahkamah membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Disember depan untuk sebutan semula bagi mendapatkan laporan akhlak sebelum hukuman dijatuhkan.
00:57Sebelum ini Astro Awani melaporkan seorang pelajar lelaki ditemukan pengsan dalam tandas asrama sebuah sekolah di Sungai Petani dipercayai dipukul.
01:06Kejadian itu berlaku pada 24 November apabila mangsa mendakwa dipukul beberapa pelajar di asrama hingga mengalami lebam pada bahagian perut dan memerlukan rawatan.
01:17Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisional Han Yan Ramlan berkata,
01:21Siasatan Polis mendapati kejadian dipercayai berpunca kerana mangsa dikatakan memburukkan rakan kepada salah seorang pelajar terbabit dan suspek kemudian mengajak tiga lagi rakannya untuk mencari mangsa sehingga pergaduhan berlaku.
01:35Jabatan Pendidikan Negeri JPN dalam kenyataan sebelum ini berkata, remaja terbabit sudah dibuang sekolah selepas kejadian itu.
Be the first to comment