Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Situasi banjir di tiga negeri menunjukkan perkembangan tidak banyak berubah setakat 6 pagi ini.
Transcript
00:00Situasi banjir di tiga negeri menunjukkan perkembangan tidak banyak berubah setakat 7 pagi ahad.
00:06Di Perak, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 1,088 orang daripada 286 keluarga yang masih berlindung
00:14di 10 pusat pemindahan sementara PPS di tiga daerah berbanding 1,021 orang daripada 376 keluarga pada sebelah malam tadi.
00:23Daerah Hiliperak kekal mencatat angka tertinggi dengan 466 mangsa diikuti bagan Datuk 335 dan Manjung 2,221.
00:36Di selangor, jumlah mangsa juga terus berkurangan kepada 91 orang daripada 22 keluarga berbanding 114 orang daripada 45 keluarga malam tadi.
00:47Menurut laman web Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM, hanya tiga PPS masih beroperasi semuanya terletak di daerah Kuala Selangor.
00:57Sementara itu, di Pahang, jumlah mangsa meningkat sedikit kepada 79 orang daripada 22 keluarga berbanding 31 orang daripada 12 keluarga malam tadi.
01:08Info Bencana JKM memaklumkan daerah Raup menempatkan 24 mangsa di PPS Balai Raya Kampung Udu Sungai
01:15manakala tujuh sekeluarga masih berlindung di Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Kuantan.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended