Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Jenazah mangsa kemalangan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbabas ke dalam gaung di Jalan Kuala Jeneris-Sungai Gawi-Aring (Bukit Kawah), Terengganu, selamat dikebumikan malam Sabtu.
Transcript
00:00Seterusnya, jenazah mangsa kemalangan kenderaan utiliti sukan SUV yang terbabas ke dalam gaung di Jalan Kuala Jenaris, Sungai Gawi Aring, Bukit Kawah, Terengganu selamat dikebumikan pada Sabtu malam.
00:14Jenazah Hassan Syazali dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam, Kampung Kedai Menanti, Pasir Putih pada 9.10 malam.
00:22Manakala jenazah Suzaimah C. Aziz dikebumikan di Tanah Pekuburan Islam, Kampung Lebir Gua Musang pada 9.26 malam.
00:31Suasana pilu menyelubungi suasana di Tanah Pekuburan apabila ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika urusan pengebumian dijalankan.
00:41Jenazah kedua-dua mangsa sebelum itu dituntut ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Hulu, Terengganu setelah proses bedah siasat selesai dijalankan sebelum dibawa pulang ke kediaman masing-masing.
00:54Dalam kejadian pada 5.30 petang Sabtu, kedua-dua mangsa yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga itu maut selepas SUV yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung di kilometer 52 Jalan Kuala Jenaris, Sungai Gawi Aring, Bukit Kawah, Terengganu.
01:10Kemalangan dipercaya berlaku ketika kedua-dua mangsa dari arah hulu Terengganu menghala ke Gua Musang melalui jalan perkenaan yang ditutup akibat tanah runtuh.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended