Rundingan bagi mengukuhkan gencatan senjata yang disokong Amerika Syarikat di Gaza berada pada tahap “kritikal”, menurut Perdana Menteri Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman al-Thani pada Sabtu, ketika keganasan masih berterusan walaupun perjanjian damai berkuat kuasa sejak 10 Oktober.
00:00Seterusnya Perdana Menteri Qatar, Syekh Muhammad bin Abdul Rahman Al-Tani mendedahkan rundingan bagi mengukuhkan gencata senjata yang disokong Amerika Syarikat di Gaza berada pada tahap kritikal.
00:12Syekh Muhammad berkata para pengantara sedang berusaha memastikan fasa seterusnya dalam perjanjian itu dapat diuntamatkan.
00:20Beliau bercakap pada sesi panel forum Doha di Qatar, walaupun keganasan berkurangan selepas gencata senjata bermula, sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestine dilaporkan terbunuh pada Sabtu akibat serangan Israel yang masih berterusan.
00:36Syekh Muhammad berkata gencata senjata belum mencapai tahap yang diinginkan dan apa yang berlaku sekarang hanyalah jeda dan tidak boleh dianggap gencata senjata penuh selagi tentera Israel tidak berunduh sepenuhnya.
00:48Gaza kembali stabil dan rakyat bebas keluar masuk.
00:53Rundingan berkaitan fasa seterusnya dalam pelan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bagi menamatkan perang dua tahun di Gaza diteruskan minggu ini.
01:01Pada Khamis, delegasi Israel menghadiri rundingan di Kahira bersama para perantara bagi membincangkan pembebasan tebusan terakhir di Gaza.
01:09Sejak gecata senjata bermula, Hamas telah menyerahkan 20 tebusan yang masih hidup dan 27 mayat sebagai pertukaran bagi pembebasan sekitar 2,000 tahanan dan banduan Palestine.
01:20Israel turut memaklumkan bahawa lintasan Rafah akan dibuka untuk laluan keluar ke Mesir dalam masa terdekat dan kemasukan ke Gaza melalui lintasan sama hanya akan dibenarkan selepas mayat tebusan terakhir diserahkan.
01:33Plan Trump turut mencadangkan pembentukan kerajaan teknokrat sementara di Gaza diselia sebuah lembaga keamanan antarabangsa dan disokong pasukan keselamatan antarabangsa.
Be the first to comment