Majlis perasmian penutupan program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2025 hari ini diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menyempurnakan penutupan program tiga hari itu.
00:00Bertemu kembali. Majlis Perasmian Penutupan Program Rancakkan Madani Bersama Malaysia Ku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam tahun 2025 hari ini diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan menyempurnakan penutupan program selama tiga hari itu.
00:18Program bermula 11 pagi dengan nyanyian Negaraku diikuti bacaan ikrah, rukun negara oleh petugas Kementerian Perpaduan Negara, Muhammad Ismail Aminuddin, persembahan pembukaan daripada Perbiduan Nita Negara, Datuk Seri Siti Nohali Zataruddin sebelum disusuli dengan ucap Tama Anwar.
00:35Perdana Menteri juga dijadual meluncurkan projek rakyat iaitu Sahabat Penggerak Madani dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat SIKR 3.0.
00:53Penganjuran program itu bagi mengangkat manifestasi pencapaian dan kejayaan semasa Kerajaan Madani khususnya sepanjang 2025 serta mempromosi dan menyebar luas agenda reformasi perkhidmatan awam ARPA.
01:07Program itu menampilkan lapan segmen utama iaitu produk rakyat Madani, Kesejahteraan Rakyat Madani, ARPA, Kepengerusian ASEAN, Ukwah Rakyat Madani, Jualan Madani, Belia Madani dan Tahun Melawat Malaysia 2026.
01:22Ia dianjurkan oleh unit penyelarasan lonjakan prestasi PACU, pejabat Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam dan Pebadanan Produktiviti Malaysia.
01:33Keseluruhan pengisian berkenaan bukan sahaja menyelahkan usaha memperkukuh perpaduan, pendidikan, seni dan syia Islam tetapi juga usaha Kerajaan Madani untuk memperlihatkan keperhasilan pentadbiran selama 3 tahun.
01:46Selain pengisian dasar, pelbagai program tarikan telah disediakan sebagai penghargaan kepada pengunjung termasuk jualan Madani yang menawarkan potongan harga bagi barangan keperluan seperti jualan balik ke sekolah dan karnival kerjaya membabitkan 30 majikan dengan lebih 5,000 peluang pekerjaan ditawarkan.
02:04Antara majikan yang mengambil bahagian ialah FGV Holding Berhad, SD Guthrie, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional, Top Glove, Amanah Raya, Mandarin Oriental, Randhill Technologies, Westport, Port of Tanjung Pelepas dan Columbia Asia sekaligus menjadikannya antara platform padanan pekerjaan terbesar menjelang penutup 2025.
Be the first to comment