Lebih 900 orang terbunuh dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda pulau Sumatera bulan ini, ketika penduduk di Aceh Tamiang terpaksa meredah balak licin serta berjalan hampir sejam pada Sabtu untuk mendapatkan bantuan.
00:00Bertemu kembali, kita beralih ke berita antarabangsa.
00:03Lebih 900 orang terbunuh dalam kejadian banjir dan tanah runtuh yang melanda Pulau Sumatera bulan ini setakat Sabtu.
00:11Penduduk di Aceh Temiang terpaksa meredah balak licin serta berjalan hampir sejam untuk mendapatkan bantuan.
00:18Data Kerajaan Indonesia menunjukkan sehingga Sabtu jumlah korban akibat bencana yang dicetuskan taufan di tiga wilayah Sumatera termasuk Aceh meningkat kepada 916 orang.
00:32Manakala 274 lagi masih hilang.
00:34Di Aceh Temiang di pantai timur laut Sumatera, mangsa terselamat berjalan kaki merentas di kawasan yang dipenuhi kayu balak, berselerakan dan kereta terbalik menuju ke pusat pengagihan bantuan yang dikendalikan sukarelawan.
00:49Sukarelawan mengagihkan pakaian bersih serta membawa masuk lori tangki bagi membekalkan air yang kemudiannya diisi penduduk ke dalam botol plastik.
00:57Kerajaan tempatan di Sumatera telah menggesa kerajaan pusat di Jakarta mengisytiharkan darurat nasional bagi membolehkan lebih banyak dana digerakkan untuk operasi mencari, menyelamat dan bantuan.
01:10Namun awal minggu ini Presiden Prabowo Subianto berkata keadaan semakin pulih dan persiapan sedia ada adalah mencukupi.
01:19Kumpulan Alam Sekitar menegaskan aktiviti pembalakan dan pelombongan yang menyebabkan penyah hutanan didakwa memburukkan impak banjir kali ini.
01:27Susulat itu, kerajaan Indonesia sedang menyiasat beberapa syarikat yang disyaki membuka kawasan hutan di lokasi terjejas.
01:34Kementerian Alam Sekitar Indonesia memaklumkan operasi syarikat terbabit telah digantung sementara dan mereka akan diwajibkan menjalani audit Alam Sekitar.
01:43Antara syarikat yang disiasat termasuk North Sumatera Hydro Energy yang mengendalikan loji hidro berkapasiti 510 MW dibiayai China di Batang Toru, syarikat pelombongan Ajin Court Resources, pengendali lombong emas Martabe serta syarikat peladangan milik negara Perkebunan Nusantara III.
Be the first to comment