Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Seorang wanita warga emas cacat penglihatan yang ditemui tinggal bersama mayat anak perempuannya selama beberapa hari akan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan.
Transcript
00:00Seorang warga mas cacat penglihatan berusia 69 tahun yang ditemukan merangkak di tepi jalan pada awal pagi Jumaat, kini ditempatkan di rumah Seri Kenangan untuk perlindungan serta mendapatkan saringan perubatan.
00:15Wanita berusia 69 tahun itu berbuat demikian bagi mendapatkan pertolongan selepas beberapa hari tinggal bersama mayat anaknya yang di sebuah pondok di jalan kampung Teluk Sabang, Kota Samarahan.
00:30Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Syukri, warga emas berusia 69 tahun itu juga akan menjalani pemeriksaan fizikal dan mental bagi mengetahui tahap kesihatan.
00:45Warga emas itu kini sebatang kara selepas kehilangan satu-satunya anaknya seminggu lalu yang juga orang kurang upaya OKU jenis lembam.
00:54Saya difahamkan macam itu, jadi anak dia dah meninggal 6 hari jadi sepanjang perjalanan perkeadaannya itulah yang kita tahu.
01:04Sebab dia tinggal di dalam hutan, walaupun hutan tak begitu dalam tetapi not a very thick forest tapi tinggal di dalam, jauh di dalam sana dia paksa merangkak pergi ke jalan raya.
01:19Amat menyedihkan dan saya mengharapkan pihak-pihak kampunglah sebab itu kita melantik untuk masyarakat, kita melantik orang-orang yang menjadi penama, yang bekerjasama sukarelawanlah di kampung perlu ada usaha untuk mengetahuinya.
01:36Nelsi berkata demikian ketika ditemui pada Festival Gastronomi Nyamai Sarawak 2025 di Kampung Budaya Sarawak.
01:45Beliau turut mengingatkan masyarakat agar tidak teragak-agak menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menyantuni golongan memerlukan.
01:53Warga emas berkenaan menyedari anaknya yang berusia 48 tahun telah meninggal dunia pada 30 November selepas mengadu sakit dada dan sesak nafas.
02:03Dia kemudian bertindak merangkak keluar dari rumah sejauh 150 meter bagi mendapatkan pertolongan selepas terhidu bau mayat yang semakin kuat.
02:12Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Superintenden Damateris Lautin memaklumkan kes sebagai kes mati mengejut selain unit Forensik Hospital Umum Sarawak mengesahkan serangan jantung sebagai punca kematian.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended