Kementerian Kerja Raya (KKR) memandang serius kemalangan maut membabitkan sebuah kenderaan yang terjunam ke kawasan jalan runtuh yang mengorbankan dua nyawa di Hulu Terengganu pada Jumaat.
00:00Kementerian Kerja Raya KKR memandang serius kemalangan maut membabitkan sebuah kenderaan yang terjunam ke kawasan jalan runtuh yang mengorbankan dua nyawa di Hulu Terengganu pada Jumaat.
00:12Menterinya Datuk Seri Alexander Talinggi berkata, papan tanda amaran dan penghadang konkret telah dipasang dengan jelas sebagai langkah keselamatan di kilometer 52 jalan kolagenaris Sungai Gawi, Aring berhampiran Bukit Kawah Hulu Terengganu.
00:30Jelasnya, insiden itu amat dikesali kerana pelbagai agensi sudah mengambil langkah penjagaan termasuk menutup jalan dan meletakkan tanda amaran.
00:41Selain itu, pihaknya juga sudah membuat laporan polis berhubung pencerobohan laluan yang ditutup kerana runtuhan tanah.
00:48Justeru, KKR mengingatkan orang awal untuk sentiasa mematuhi arahan keselamatan serta tanda penutupan yang dipasang di lokasi bencana bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang.
01:00Beliau berkata, penutupan laluan itu telah diwartakan di bawah Seksyen 70 Akta Pengangkutan Jalan 1987 menangkumi sebahagian Jalan Persekutuan FT 36 dari Seksyen 55.60 hingga Seksyen 139.30.
01:17Dalam masa sama, JKR sudah mendapat kelulusan bagi pembinaan jambatan baharu di laluan FT 036 Seksyen 89.00 Jalan Aring 8, Tasik Kenye, Kuala Jeneris, Hulu Terengganu yang diluluskan pada 25 Mac lalu dengan kos RM36 juta.
01:36Pada Jumaat, seorang guru dan pekerja kenti sekolah maut selepas Toyota Fertinia dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung.
01:45Mangsa seorang guru dikenal pasti sebagai Hassan Shahzali, 52 tahun, manakal wanita yang maut Suzaimah Syekh Aziz, 34 tahun.
Be the first to comment