Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) mengumumkan pada Jumaat bahawa jumlah rakyat Palestin yang cedera tahun ini dalam 1,600 serangan dan pencerobohan oleh peneroka Israel di Tebing Barat yang diduduki meningkat kepada 733 orang, iaitu dua kali ganda berbanding tahun lepas.
00:00Meralih ke laporan berikutnya, jumlah rakyat Palestine yang cedera tahun ini dalam 1,600 serangan dan pencerobohan oleh penceroboh haram Israel di Tebing Barat yang diduduki meningkat kepada 733 orang iaitu dua kali ganda berbanding tahun lepas.
00:18Pejabat Pinlarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, OCHA melaporkan pada Jumaat bahawa 362 orang awam cedera pada 2024 akibat serangan dan pencerobohan haram Zionis ke atas tanah Palestine.
00:36Agensi itu turut memaklumkan bahawa jumlah rakyat Palestine yang cedera dalam serangan berkenaan di seluruh Tebing Barat meningkat hampir 340% dalam tempoh 5 tahun lepas.
00:46Pejabat itu turut menjelaskan bahawa serangan dan pencerobohan berkenaan menjejaskan lebih 270 komuniti Palestine di Tebing Barat yang diduduki, khususnya di Bandar Ramallah, Nablus dan Hebron.
01:00Israel membenarkan penceroboh haram melakukan pelbagai pelanggaran hak asasi manusia terhadap rakyat Palestine di Tebing Barat termasuk serangan bersenjata, pencerobohan, rampasan tanah dan harta persendirian serta menyasarkan orang awam dengan senjata.
01:14Pihak berkuasa Israel turut menyediakan perlindungan keselamatan kepada penceroboh terbabit bagi melaksanakan rancangan mereka memaksa rakyat Palestine meninggalkan kawasan berkenaan untuk membina pus penempatan haram yang baru.
Be the first to comment